Masjid Sultan, Masjid Pertama Di Singapura Yang Memiliki ISO 9001: 2015, mengundang mereka yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai:

Imam (Sepenuh Masa)

Skop  Pekerjaan:

1) Mengimamkan Solat Fardu, Solat Sunnat/Jenazah dan lain-lain

2) Melakarkan dan menjalankan kelas-kelas Al-Quran

3) Memimpin bacaan Yaasin/Kahfi dan Tahlil pada hari Khamis dan lain-lain bila diperlukan

4) Tugasan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan masjid

5) Boleh mula bekerja dengan segera

Syarat Kelayakan:

1) Warga negara Singapura

2) Sekurang-kurangnya lulusan Diploma dalam Pengajian Islam

3) Keutamaan diberikan kepada seorang Hafiz Al-Quran

4) Mempunyai perwatakan yang baik

5) Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab

Sila emel resume ke: badariah@sultan.mosque.org.sg

Update: Pendaftaran telah berakhir. Harap Maklum.